KUALA LUMPUR – Ketua pasukan skuad kebangsaan Timor Leste, Joao Pedro sedia kembali ke Liga Malaysia sekiranya mendapat tawaran pada masa akan datang.
Pemain berusia 26 tahun itu berkata, dia tidak menutup pintu sekiranya ada kelab Liga Malaysia yang mahu mendapatkan khidmatnya.
“Saya sanggup untuk kembali. Saya mahu beraksi di Malaysia,” katanya selepas perlawanan menentang Harimau Malaya, malam tadi.
Pedro memberi kesukaran kepada benteng pasukan negara yang mana dia menjadi watak utama dalam dua jaringan yang dihasilkan Timor Leste apabila menyumbang satu gol dan satu bantuan gol.
Bekas pemain Kuala Kangsar FC dan UiTM FC itu kemudiannya menjaringkan gol kedua selepas mudah menewaskan Dominic Tan dan Dechlan Lambert sebelum pengadil meniup wisel tamatnya separuh masa pertama.
Namun pemain Kuala Lumpur City, Paulo Josue menjaringkan dua gol untuk Malaysia untuk bangkit dari ketinggalan dan meraih kemenangan pertama dalam perlawanan kedua saingan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024. – MalaysiaGazette
















