Keadaan semasa tapak kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Melawati pagi semalam. Foto SADIQ SANI, 16 OKTOBER 2024

AMPANG – Bilik Gerakan Bencana (BigBen), Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diaktifkan sejak beberapa hari lalu bagi memantau hampr 27,000 cerun di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan bekata, ia bagi memantau 3,200 cerun di negara ini yang sedang berdepan fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) bermula bulan depan.

“Kami ada semua senarai 27,000 cerun, ada 3,200 cerun berisiko oleh itu kita telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana dibangunan JKR di Ibu Pejabat beberapa hari lepas.

“Jika perlu kita akan bekerja 24 jam untuk memberikan sistem amaran awal (EWS) khusus berhubung cerun berhampiran penempatan terutama di sekolah ada 10,000 di seluruh negara dan kawasan cerun berdekatan di jalanraya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati di sini.

Ujar beliau, bilik gerakan itu akan diketuai Jurutera Daerah JKR dengan kerjasama pelbagai agensi yang berkaitan bagi memantau setiap cerun yang berisiko.

“Semua cerun ini di Jalan Persekutuan iaitu 27,000 cerun, juga 3,200 cerun yang berisiko di Jalan Persekutuan termasuk di kawasan bangunan kerajaan, hospital, sekolah, klinik-klinik kesihatan begitu.

“Menteri KKR telah mengarahkan bilik gerakan diaktifkan. Segala jentera di JKR di daerah-daerah akan diketuai Jurutera Daerah akan mengaktifkan segala rangkaian di daerah berkaitan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here