dari kanan Yahya, Jafni dan Hairi meninjau keadaan empat buah rumah yang rosak dipukul ribut di PR Sri Stulang, Johor Bahrum hari ini

JOHOR BAHRU – Bumbung empat buah kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini rosak akibat kejadian ribut hari ini.

Difahamkan kejadian tersebut tidk melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan penghuninya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor turun padang sejurus selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Iskandar Puteri.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui Tabung Bencana Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor meluluskan peruntukkan serta merta untuk membantu empat keluarga terbabit.

“Ini bagi kerja baik pulih bumbung yang akan dilaksanakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

“Untuk sementara, pihak Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) melalui bantuan Datuk Yahya Jaafar (selaku Pengerusi YBJB) akan membantu penduduk berpindah sementara di homestay.

“Kerajaan Negeri bawah urus tadbir Datuk Onn Hafiz Ghazi sentiasa prihatin dan mengambil tindakkan segera demi kebajikan rakyat,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini.

Lawatan beliau ke PPR itu ditemani Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah dan Yahya.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here