Tentera Israel mendakwa pemimpin Hamas, Yahya Sinwar telah terbunuh dalam satu serangan di Gaza, 17 Oktober 2024. Foto AP

BAITULMAQDIS- Tentera Israel memaklumkan mereka sedang mengesahkan kemungkinan pemimpin Hamas, Yahya Sinwar telah terbunuh.

Yahya yang merupakan musuh paling dikehendaki Israel dikatakan antara tiga pejuang Hamas yang terbunuh dalam satu serangan rejim zionis di semenanjung Gaza.

“Pada ketika ini, identiti pejuang Hamas yang terbunuh masih belum dapat disahkan,” kata pasukan tentera Israel dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tiada tanda-tanda tahanan Israel berada di dalam bangunan di mana tiga pejuang Hamas terbunuh.

Sementara itu AFP melaporkan, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah pun diberi taklimat mengenai kemungkinan Yahya terkoban dalam serangan terbaharu Israel.

Biden menerima taklimat tersebut di dalam pesawat Air Force One menuju ke Berlin, Jerman.

Setakat ini masih tiada kenyataan yang dikeluarkan daripada Hamas.

Laman web yang mempunyai kaitan dengan Hamas, Al-Majd hanya mengeluarkan kenyataan meminta rakyat Palestin mendapatkan maklumat mengenai Sinwar daripada kumpulan itu sendiri.

Katanya, media-media Israel hanya mahu mematahkan semangat juang rakyat Palestin dengan menyebarkan berita tersebut. -Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here