Noor Neelofa Mohd Noor

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Neelofa mengakui tidak pernah mengguna wang sendiri untuk keperluan rumah sebaliknya semua itu diuruskan pasangan hidupnya, Haris Ismail.

Neelofa atau sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 35, berkata, Haris tidak membenarkan dia membeli barangan keperluan dapur menggunakan wangnya sendiri kerana percaya nafkah adalah tanggungjawab seorang suami.

“Sewa rumah, bil air dan api, barangan dapur semua saya tak pernah sentuh sejak saya dan Haris berkahwin. Itu suami yang kena sediakan.

“Kadang-kadang saya beli susu anak ke atau pergi beli barangan dapur, dia akan tanya mana bil.

“Kalau dia nampak saya beli barang dapur tapi tak minta dia duit, dia cakap jangan buat begini. Sebab dia kata itu bahagian (tanggungjawab), jadi dia yang kena bayar,” katanya menerusi audio siar Richman Coffee bersama pelakon, Nora Danish dan pempengaruh, Natasha M Ozeir yang disiarkan di media sosial.

Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Mengulas lanjut,  Neelofa memberitahu, sekiranya si suami tidak berkemampuan untuk menyediakan segala keperluan, isteri boleh membantu dengan persetujuan bersama.

Bekas pengacara Meletop itu percaya pasangan suami isteri perlu bertoleransi selain menghormati pasangan di mana suami adalah ketua keluarga yang akan memimpin isteri dan anak-anak.

“Kemudian, seorang lelaki datang ambil kita (berkahwin), jadi rumah, makanan dan perlindungan semua tanggungjawab dia.

“Jadi kita berhak menghormati dia untuk dia pimpin keluarga. Sebab itu kena tunduk kepada suami,” kongsinya.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris, 29, pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang kini berusia setahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast