Razali dan Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman menyantuni pengguna jalan raya di Plaza Tol Gambang sempena Deepavali di Kuantan malam ini.

KUANTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang telah memeriksa sebanyak 325,326 buah kenderaan sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 28 Oktober lalu.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 74,699 buah kenderaan atau 23 peratus telah diambil tindakan.

”Manakala jumlah keseluruhan saman JPJ pula dicatatkan sebanyak 126,912 notis.

”Statistik kes berkaitan muatan mencatatkan jumlah sebanyak 9,416 kes dan jumlah keseluruhan kenderaaan disita direkodkan sebanyak 1,091 buah kenderaan seluruh negeri Pahang.

”Jumlah kes melibatkan saringan urin pemandu kenderaan barangan, persendirian dan lain-lain kenderaan direkodkan sebanyak 449 jumlah saringan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Sempena Cuti Deepavali Tahun 2024 di Tol Gambang dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengarah JPJ Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.

Sementara itu, Syed Ahmad berkata, program advokasi diadakan bersempena dengan Cuti Perayaan Deepavali Tahun 2024.

Pihaknya menjalankan program advokasi keselamatan jalan raya sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.

Ia bagi memupuk pembudayaan keselamatan jalan raya yang lebih selamat kepada semua pengguna khususnya di musim perayaan.

”JPJ menyeru pengguna jalan raya dan orang awam untuk bersama-sama mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Pengguna disarankan melaporkan aduan secara terus dengan menggunakan Aplikasi MyJPJ, e-aduan@jpj atau emel [email protected] berserta dengan butiran lengkap aduan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast