Keadaan kedai makanan yang kotor.

KUALA LUMPUR – Dua premis di Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dikenakan kompaun dan salah satunya diarah tutup selepas didapati melakukan beberapa kesalahan berkaitan kebersihan.

Menerusi Ops Suci yang dilakukan di sekitar Batang Kali bersama Bahagian Inspektorat Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bersama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan, dan Jabatan Pelesenan MPHS menemui pencemaran silang di dalam peti sejuk untuk menyimpan bahan masakan, pengendali makanan tidak memakai kasut bertutup, dinding berhabuk dan bersawang.

Papan pemotong yang tidak bersih digunakan di sebuah premis makanan di Batang Kali.

Operasi itu turut menemui telur ayam yang tidak dibersihkan dengan sempurna, dan masalah pembiakan lipas dan jentik-jentik.

“Pemeriksaan juga mendapati bahawa premis gagal melaksanakan kawalan haiwan perosak yang berdaftar dengan Lembaga Racun Malaysia dan beberapa kesalahan lain berkaitan kebersihan premis makanan di bawah piawaian MPHS,” katanya dalam satu kenyataan.

Lipas ditemui di kedai yang diperiksa oleh MPSH.

Susulan daripada pemeriksaan tersebut, JPSPPA telah mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan 3 kompaun di bawah UUK 9, UUK 34 dan UUK 19 (1)(d), dan 1 Notis Arahan Penutupan di bawah UUK 62, UUK Establisymen makanan 2007.

MPHS berharap tindakan tegas ini dapat memberi amaran kepada pemilik dan pengendali premis makanan lain untuk memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di premis mereka sentias dijaga demi kesejahteraan pengguna. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast