Ab Rauf Yusoh

MELAKA – Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 selama empat hari di Melaka bermula hari ini mampu menjadi pembakar semangat kepada golongan belia untuk menceburi bidang pertahanan negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ini kerana karnival itu mempamerkan pelbagai aset milik agensi pertahanan negara untuk dirasai sendiri golongan itu.

“Pada karnival ini, kita akan lihat aset-aset tentera dan juga milik syarikat-syarikat swasta yang boleh menarik minat dan memberikan motivasi kepada anak-anaak muda untuk bekerjaya dalam bidang ketenteraan.

“Terdapat pelbagai lagi yang dipamerkan jadi rebutlah peluang untuk datang ke sini,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau KUAM2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, di sini, hari ini.

Ab Rauf (kanan) tidak melepaskan peluang menyaksikan pertunjukan payung terjun oleh 70 penerjun dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
di Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, Melaka hari ini.

Terdahulu, beliau yang diiringi Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman turut menyaksikan pertunjukan payung terjun oleh 70 penerjun dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

KUAM2024 membuka tirainya hari ini dengan 28 agensi, syarikat dan akademi penerbangan terlibat dalam karnival kali ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Antaranya, sebanyak 12 aset ATM membabitkan kereta kebal, pesawat, helikopter dan senjata api selain pertunjukan udara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here