KAMPALA – Seramai 13 kanak-kanak dan seorang dewasa di kem pelarian dekat Uganda terbunuh selepas disambar kilat.
Polis berkata, kejadian hari Sabtu lalu itu berlaku semasa semua mangsa sedang menghadiri upacara gereja.
Kejadian itu turut menyebabkan 34 orang lagi cedera.
Insiden itu berlaku di Penempatan Pelarian Palabek di barat laut negara ini.
Baru-baru ini, kawasan tersebut mengalami hujan lebat dengan guruh dan kilat.
BBC News melaporkan orang dewasa yang terbunuh itu berusia 21 tahun.
Penempatan Pelarian Palabek adalah tempat perlindungan kepada lebih 80,000 pelarian dan pencari suaka, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kebanyakan mereka dari negara jiran, selatan Sudan.
Empat tahun lalu, petir membunuh 10 kanak-kanak di bandar Arua, juga di barat laut Uganda.
Kanak-kanak disambar petir ketika berehat selepas bermain bola sepak. – Agensi