Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kes kemalangan melibatkan motosikal di negara ini telah turun kepada 2,461 kes berbanding 2,735 dalam tempoh 12 Ogos sehingga 12 September tahun lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)  Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, jumlah itu bersamaan dengan kadar 10 peratus.

“Kes kemalangan maut turut menyaksikan penurunan sebanyak 26.03 peratus dengan 321 kes dilaporkan tahun ini berbanding 434 kes dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

“Statistik menunjukkan jumlah kematian yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal juga menurun kepada 324 kematian berbanding 436 pada tahun lalu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Mohd Yusri, pihak JSPT akan terus melaksanakan operasi dan tangkapan secara berkala untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya khususnya dalam kalangan penunggang motosikal.

“Kami juga ingin menyeru semua pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan,” ujarnya.

Menurut Mohd Yusri, pematuhan undang-undang itu penting untuk mengurangkan kadar kemalangan dan menjamin keselamatan semasa berada di atas jalan raya.

“Kerjasama dan kesedaran semua pihak penting untuk memastikan penurunan kadar kemalangan dapat dikekalkan dan ditingkatkan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast