Kebakaran tiga buah rumah dan empat kenderaan di Taman Singa, Sitiawan, Perak semalam Foto Bomba Perak

KUALA LUMPUR- Kebakaran tiga buah rumah dan empat kenderaan di Taman Singa, Sitiawan, Perak semalam dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada seorang pengadu lelaki jam 2.50 pagi.

Susulan itu katanya, pihak polis telah menahan seorang wanita Vietnam bagi membantu siasatan.

“Kediaman pengadu berusia 42 tahun yang juga pembantu kedai makan musnah 90 peratus, selain turut memusnahkan Proton X50, Perodua Myvi dan sebuah motosikal Yamaha Ego milik lelaki itu.

“Kebakaran yang berpusat dari garaj kediaman mangsa pertama merebak ke dua rumah bersebelahan mangsa serta sebuah lagi motosikal Yamaha LC, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mendapati kelibat seorang lelaki membawa dua tong dipercayai berisi cecair bahan bakar ke arah rumah pengadu.

Suspek kemudiannya melarikan diri selepas api mula menyala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here