Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya mengelak seekor anjing melintas sebelum terbabas dan melanggar jentera penurap jalan di Kawasan Perindustrian Low Kim Teck, Kluang, hari ini.

KLUANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya mengelak seekor anjing melintas sebelum terbabas dan melanggar jentera penurap jalan di Kawasan Perindustrian Low Kim Teck, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, kejadian berlaku pada pukul 6 pagi ketika Muhamad Nurhafis Iskandar Mohd Najib, 23, menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR bersama-sama seorang pembonceng, Muhd Arif Aslam Masri, 20.

“Muhamad Nurhafis yang datang dari arah Taman Sri Tengah ke Jalan Batu Pahat-Mersing secara tiba-tiba hilang kawalan ke atas motosikalnya selepas mengelak seekor anjing yang melintas jalan sebaik sampai dilokasi kejadian.

“Akibat kejadian itu, mangsa telah melanggar jentera menurap jalan yang diletakkan di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah parah di kepala serta badan dan disahkan meninggal di lokasi kemalangan.

Sementara pembonceng motosikal katanya, Muhd Arif hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki.

Menurut Nik Mohd Azmi, kedua-dua mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini, untuk proses bedah siasat dan rawatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here