Abdul Hadi (tengah) bersama Tuan Ibrahim (kiri) dan Abdullah memotong kek sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-70 Pas Johor ​di Kompleks Pas Batu Pahat di Rengit, Batu Pahat, malam tadi

BATU PAHAT – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peruntukkan kepada ahli Parlimen parti berkenaan atau pembangkang perlu dibincang melalui parti.

Jelas beliau, perbincangan tidak boleh dilakukan secara sendirian kerana ahli Parlimen berkenaan mewakili parti.

“Bagi Pas mana-mana ahli parlimen yang hendak adakan perbincangan mesti melalui parti.

“Mereka mesti mendapat mandat daripada parti. Begitu juga jika ada memorundum persefahaman (MoU) dan sebagainya mesti parti perlu sokong.

“Tidak boleh pergi sendirian kerana mereka (Ahli Parlimen) ini mewakili parti. Apa- apa pun parti perlu tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan 70 tahun Pas Johor yang dirasmikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Kompleks Pas Kawasan Batu Pahat, Rengit, di sini, malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Fadillah Yusof berkata, kerajaan masih terbuka untuk berunding dengan mana-mana ahli Parlimen, termasuk wakil rakyat pembangkang berhubung penyaluran peruntukan.

Fadillah berkata setakat ini, hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Parti Ikatan Demokratik Malaysia-Muar), yang telah memberi maklum balas selepas rundingan dibuat.

Pada 15 September lalu, pembangkang secara sebulat suara menolak draf MoU berhubung peruntukan ahli Parlimen atas empat sebab utama, termasuk kebimbangan bahawa beberapa syarat dalam dokumen tersebut mungkin bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here