Ibu mangsa, Khalida (dua dari kiri) ditenangkan ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada Jumaat lalu. Gambar kecil (atas kanan) Siti Zulaila dan Zulkifli.

GEORGE TOWN  – Polis mengesahkan cinta tidak berbalas sebagai punca tragedi pembunuhan seorang wanita dan bapanya di sebuah apartmen di Lengkok Angsana, Ayer Itam di sini, pada Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, siasatan mendapati suspek, lelaki tempatan berusia 32 tahun itu menaruh perasaan terhadap mangsa berusia 30 tahun.

“Bagaimanapun, mangsa tidak berminat dengan suspek.

“Sebelum kejadian suspek juga dikatakan melakukan ugutan bunuh terhadap keluaga mangsa di kediaman mereka,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada suspek positif dadah, Swee Sake berkata, pihaknya masih menunggu laporan ujian darah.

“Status ujian dadah suspek masih belum disahkan kerana kita masih menunggu laporan ujian darah

“Hasil semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya.

Artikel berkaitan: Jenazah dua beranak mangsa tikam dikebumikan satu liang lahad

Suspek bunuh dua beranak direman tujuh hari

Dalam kejadian pada Khamis lalu, Siti Zulaila Zulkifli dan bapanya Zulkifli Ibrahim maut ditikam dengan pisau oleh seorang lelaki dipangsapuri berkenaan.

Susulan itu, suspek turut bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali sebelum dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Suspek kemudian ditahan dan direman selama tujuh hari hingga 14 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah dua beranak itu selamat dikebumilan bersama dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong pada jam 10 malam Jumaat lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast