Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa. . Foto AIZAT ZAINAL, 05 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR -Polis telah merakam keterangan sembilan individu setakat ini untuk membantu siasatan kes seorang mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipercayai dipijak penuntut senior sehingga cedera parah di rusuk dan tulang belakang badan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mereka merupakan saksi kejadian dan kakitangan universiti tersebut.

“Suspek kejadian juga sudah dikenalpasti dan dijadualkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada petang ini untuk dirakam keterangan,” katanya dalam kenyataan pagi tadi.

Tambah beliau, siasatan dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda jika disabitkan kesalahannya.

MINDEF serahkan siasatan kes buli di UPNM kepada polis – Khaled

Rusdi dalam kenyataan awal mengesahkan mangsa yang berusia 19 tahun cedera parah dalam insiden buli tersebut dan sedang dirawat di hospital.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 21 Oktober 2024, pukul 10.45 malam ketika mangsa berada di tepi padang kawad setelah selesai dipanggil nama.

Bagaimanapun, polis hanya menerima laporan mengenainya kejadian tersebut pada 8.40 malam 8 November lalu.- MalaysiaGazette

Pelajar UPNM patah tulang rusuk akibat dipijak senior – Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast