Tangkap layar menunjukkan lelaki berusia 38 tahun memandu kereta secara melalu sebelum melanggar sebuah kereta lain di Jalan Batu Feringghi, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Pemandu kereta Mitsubishi Lancer yang dikesan memandu secara melulu sebelum melanggar sebuah kenderaan lain di Jalan Batu Feringghi, di sini, pada 3 November lalu sudah diberkas polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, pemandu berusia 38 tahun itu ditahan selepas dikesan menerusi video rakaman kamera papan pemuka yang tular di laman Facebook pada Rabu lalu.

“Berdasarkan masa dan tarikh rakaman video itu, didapati kejadian berlaku pada jam 7.30 pagi.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis buat masa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, polis memohon kerjasama saksi yang melihat kejadian dan pemilik video rakaman itu tampil atau hubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 010 9771517.

Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi 38 saat memaparkan sebuah kereta dipandu secara melulu termasuk memotong di laluan garisan berkembar sebelum melanggar sebuah kenderaan lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast