Aktiviti kemasyarakatan yang dilakasanakan oleh pasukan ahli Pengakap Kelana Pahang bersempena Misi Kemanusiaan Asean Hope di Cambodia

PNOM PENH – Seramai 20 ahli Pengakap Kelana yang menyertai misi ASEAN Hope menyantuni golongan memerlukan di Phnom Penh, Kemboja.

Lebih 50 anak-anak di perkampungan muslim Chrey Andet, di sini, disantuni pemimpin pengakap dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan selama mereka bermusafir di negara itu.

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Pahang, Muhammad Asmawi Sulaiman berkata, antara khidmat dilakukan ialah khidmat gunting rambut percuma kepada pelajar sekolah dan masyarakat tempatan selain program kemasyarakatan lain bagi menyantuni penduduk kampung.

Muhammad Asmawi Sulaiman

“Khidmat gunting percuma diberikan oleh ahli pengakap yang yang mempunyai kemahiran itu selain aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris.

“Selain itu daripada itu, aktiviti mendandan rambut kanak-kanak perempuan dengan menggunakan klip dan getah rambut,” katanya.

Aktiviti lain yang dilakukan ialah membersihkan masjid dan ‘make over’ kelas di sekolah agama bagi mengimarahkan institusi pendidikan agama dan aktiviti dakwah.

Wartawan MalaysiaGazette, Syahira Yahya turut serta dalam misi ASEAN HOPE menyantuni menyuap kanak-kanak makan roti cicah kari kambing di pekampungan Chrey Andet

Ujar Asmawi, sambutan baik masayarakat komuniti Islam di perkampungan mengeratkan hubungan silaturrahim bersama peserta.

Acara kemuncak kenduri rakyat diadakakan bersama masyarakat di kampung Chrey Andet yang dijalankan secara gotong-royong.

“Lebih bermakna apabila peserta ASEAN HOPE kali ini bermusafir dan beriktiqaf di Masjid Chrey Andet,” katanya.

Penduduk Kampun Chrey Andet di Phnom Penh bekerjasama menjayakan gotong-royong kenduri rakyat bersama peserta ASEAN HOPE pada semalam

Sementara itu, peserta ASEAN Hope, Aishah Yusfandi, 23, berkata, pengalaman menyertai misi kembara berkenaan membuka mata beliau terhadap perbezaan akses pendidikan antara Malaysia dan Cambodia.

“Apa yang saya nampak ialah isu akses kepada pendidikan khususnya daripada segi penyediaan fasiliti untuk kegunaan dan keselesaan pelajar di sini jauh ketinggalan dari Malaysia.

“Meskipun buku teks dan gaji tenaga pengajar telah dibantu oleh kerajaan di sini tetapi banyak lagi aspek lain yang perlu di tambah baik,” katanya.

Aishah Yusfandi

Tambah Aisyah, mereka melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti papan putih yang telah uzur, meja dan kerusi yang tidak seragam pembuatannya serta fasiliti tandas.

Bagi Adam Danish Abdullah Hisam, 18, mengikuti misi kemanusiaan kali kedua, sebagai ahli jawatankuasa yang menguruskan gotong-royong kenduri rakyat dengan pengalaman baharu.

Ujarnya, beliau berhadapan dengan pemilihan dan pembelian lembu daripada orang tempatan sehingga proses penyembelihan dan masakan.

“Kumpulan kami bermusafir di kampung orang-orang yang baik dan peramah di perkampungan itu, kanak-kanak di sana pula comel-comel dan ikut semua aktiviti yang dirancang, rasa dekat mereka walaupun baru kenal.

Adam Danish Abdullah Hisam

“Ketika perjalanan pulang masih terasa sedikit sedih kerana tidak dapat lagi bersama-sama lagi dengan kanak-kanak selepas bermusafir bersama orang kampung,” katanya yang pernah mengikuti misi khidmat kemasyarakatan di Jepun.

Muhammad Ammar Daniel Awang Liah, 22, pula menyifatkan tugasan menggunakan dana untuk mencari barang keperluan jemaah masjid digalas sebaiknya.

Muhammad Ammar Daniel Awang Liah

“Ini kerana sumbangan masyarakat perlu digunakan dengan cermat, saya bersama pasukan ditugaskan mencari 50 buah kerusi untuk kegunaan penduduk.

“Pada hari terakhir, kami bergotong-royong membersihkan kawasan masjid, dibantu oleh pelajar sekolah agama, penduduk kampung. Kami memasak serta menghidangkan memasak kari daging lembu selepas Solat Jumaat,” katanya.

Siti Balkis Abd Rahman, 23, berkata, tugasan mengajar pelajar sekolah di sana merupakan pengalaman yang akan tersemat di hati apabila sekembalinya di Malaysia.

Siti Balkis Abd Rahman

Tegasnya, penggunaan perkataan seperti ‘Hi’, ‘Hello’, ‘Yes’, ‘No’, merupakan platform komunikasi antara dua budaya yang nampak mudah tetapi berkesan.

“Dalam banyak-banyak cabaran yang saya lalui ini cabaran yang paling saya suka mengajar anak-anak sekolah ini perkataan bahasa Inggeris yang mudah.

“Hari pertama kami berjumpa dengan anak-anak ini, mereka hanya mampu tersenyum dan tiada interaksi antara kami dan mereka. Selepas memulakan perbualan bersama kami hubungan semakin akrab,” katanya.

Seramai 20 pemimpin pengakap Kelana Pahang menyantuni lebih 200 pelajar di perkampungan Chrey Andet dalam Misi Kemanusiaan ASEAN HOPE di Cambodia

Seramai 20 ahli pengakap memulakan misi ASEAN HOPE 2024 menjelajah ke Thailand, Kemboja dan Vietnam bagi melakukan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan bermula 21 November hingga 2 Disember ini.

ASEAN HOPE mula dianjurkan pada tahun 2017 hingga kini kecuali pada tahun 2020 dan 2021 susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN : 

20 ahli Pengakap Kelana memulakan misi Asean Hope hari ini

Lebih 2,000 pemimpin pengakap berhimpun INDABA Thailand kali ke-6

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast