JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail hari ini mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Kuala Lumpur.
Pertemuan tersebut berlangsung selama kira-kira satu jam membincangkan beberapa perkara seperti sukan bola sepak dan isu-isu semasa.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Foto-foto pertemuan tersebut turut dimuat naik dalam Facebook HRH Crown Prince of Johor.
Menjengah di ruangan, rata-rata netizen memberikan komen positif terhadap pertemuan tersebut.
“Alhamdullilah ..ini yang terbaik..Daulat Tuanku,” ujar Di Aura.
“Time to rebranding SFC. Daulat Tuan,” tulis Eman Shinoda pula.
“Alhamdulillah. Bersepakat membawa berkat,” komen Muhammad Nurshazni Mohd Salleh.- MalaysiaGazette
hai boleh berkenalan dengan awak salma
Baik lah,sama sama kita usahakan sehingga capai hajat Tuanku.
sekelian ,berita terima.
sekelian terima kasih