KUALA LUMPUR – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengungguli kategori Open University Cup pada Kejohanan CommFest: Rugby Rampage UPTM x Carisbrook Thunder 10s baru-baru ini.
Diwakili pasukan dari Institute of Industrial Technology, pasukan itu berjaya mengenepi cabaran Universiti Putra Malaysia dengan keputusan bergaya 5-0.
Malah pemain mewakili UniKL, Muhd Hilmi Zaim Nur Haini turut dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan bagi kategori tersebut.
Bagi kategori Super-School, johan dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga dan pemain terbaik kategori tersebut turut dimenangi oleh Izz Mukminin Ridhuan yang mewakili sekolah itu.
Sementara itu, CommFest: Rugby Rampage UPTM x Carisbrook Thunder 10s merupakan pertandingan ragbi 10 sebelah yang melibatkan dua kategori iaitu Open University dan Super-School dari dalam negara.
Kejohanan itu anjuran pelajar tahun akhir Diploma in Corporate Communication (BK101), Universiti Poly-Tech Malaysia sebagai satu program tahun akhir pengajian mereka melibatkan 57 pelajar.
Program selama dua hari itu yang berlangsung di padang Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dirasmikan oleh (Timbalan Dekan) daripada Fakulti Pendidikan Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Poly Tech-Malaysia, Dr. Nur Ilyani Idris
“Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dan semangat kesukanan dalam kalangan mahasiswa dari dalam negara.
“Melalui program ini, pelajar juga berpeluang untuk mengasah bakat dan membina hubungan dengan rakan-rakan dari pelbagai institusi pendidikan sekaligus mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif.
“Pelaksanaan program ini juga sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada pelajar yang menyertai dan menganjurkan program CommFest: Rugby Rampage UPTM x Carisbrook Thunder 10s untuk terus melibatkan diri serta menganjurkan program-program sukan lain pada masa hadapan,” katanya kenyataan oleh penganjur di sini. – MalaysiaGazette