KPDN Pulau Pinang rampas lebih RM1 juta arak tiruan dalam serbuan di sebuah premis di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang membongkarkan kegiatan sindiket yang menjadi kontena sebagai tempat memproses arak tiruan dalam serbuan di sebuah Permatang Batu, Perda di sini, semalam.

Serbuan jam 5.30 petang itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis arak serta peralatan memproses bahan terlarang itu yang bernilai lebih RM1 juta.

Ketua Pegawai Penguat kuasa negeri, Mohd Suffian Mohd Abbas berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas pihaknya menyerbu lokasi sama yang menjalani kegiatan menyeleweng pelbagai barangan kawalan dan bersubsidi.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan ke atas dua kontena berkunci itu mendapati terdapat 16,513 botol arak pelbagai jenama, 900 liter cecair alkohol yang telah siap diproses serta peralatan pemprosesan termasuk mesin dan penutup botol aluminium.

Mohd Suffian.

“Tiada tangkapan dalam kes ini kerana ketika serbuan dilakukan tiada pergerakan mana-mana individu namun kita masih menjalankan siasatan untuk mengesan pemilik premis tersebut.

“Semakan lanjut mendapati sindiket ini menggunakan pelbagai taktik licik termasuk pemalsuan ciri keselamatan label kastam untuk menembusi pasaran tempatan selain Pulau Pinang.

“Kita tidak menolak kemungkinan sindiket ini kaut untung sama seperti syarikat pengeluar asal kerana kebanyakan jenama yang ditemui seolah-olah asli sertai dijual di kedai runcit dan pasar raya tempatan,” katanya pada sidang media di lokasi serbuan hari ini.

Rampasan ini merupakan rampasan tersebut bagi KPDN Pulau Pinang untuk tahun ini.

Mengulas lanjut Mohd Suffian berkata, berdasarkan jumlah rampasan pihaknya tidak menolak kemungkinan sindiket ini telah beroperasi bagi tempoh tertentu serta melakukan penjualan secara dalam talian.

“Kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dibawah kesalahan Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast