WASHINGTON – Seorang remaja dan seorang guru maut dalam insiden tembakan yang berlaku di sebuah sekolah swasta di tenggara Wisconsin pada Isnin, lapor United Press International (UPI).

Sekurang-kurangnya dua pelajar berada dalam keadaan kritikal, sementara suspek seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun dari sekolah yang sama ditemukan maut di tempat kejadian, kata pihak berkuasa kepada CNN.

“Kami percaya penembak adalah pelajar yang sudah berada di kawasan sekolah. Tiada maklumat menunjukkan berlaku sebarang pencerobohan ke dalam premis sekolah,” kata Ketua Polis Madison, Shon Barnes.

Beliau turut memaklumkan bahawa keluarga suspek sedang bekerjasama dengan pihak polis dan siasatan untuk mengenal pasti motif kejadian masih diteruskan.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyifatkan kejadian itu sebagai “menggemparkan dan tidak dapat diterima.”

“Kami memerlukan Kongres untuk bertindak. Sekarang,” tegas Biden dalam satu kenyataan.

“Jill dan saya berdoa untuk semua mangsa hari ini, termasuk guru dan pelajar yang terkorban serta mereka yang cedera. Kita tidak boleh menerima keganasan yang memberi trauma kepada kanak-kanak, keluarga mereka, dan memecahbelahkan komuniti,” katanya.

Beliau turut menyeru Kongres untuk meluluskan undang-undang keselamatan senjata api yang lebih ketat bagi mencegah kejadian seperti ini daripada berulang.- BERNAMA-UPI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here