Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan Badr Mohammed Al-Meer, di Doha, Qatar hari ini.

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways, Badr Mohammed Al-Meer, di Doha, Qatar hari ini.

Hadir sama Penasihat Khas kepada Pemangku Sultan Johor, Tim Cahill.

Pertemuan itu tertumpu kepada menjalin hubungan lebih erat yang boleh memanfaatkan Johor dengan rangkaian penerbangan luas Qatar Airways dan meningkatkan ekonomi negeri.

Baginda berkunjung ke Qatar minggu ini untuk beberapa siri mesyuarat, termasuk bersama-sama individu-individu terkenal dan berjaya dalam arena bola sepak.

Antara topik perbincangan termasuk pembangunan infrastruktur awam, ekonomi, bola sepak dan perkongsian kepakaran yang boleh memberi manfaat kepada Johor dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast