Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR-  Polis Selangor menafikan dakwaan tular yang mengatakan keterangan saksi satu kes dadah melibatkan seorang selebriti telah dipinda.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi Subramaniam berkata, polis telah menjalankan siasatan dengan telus dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Pada 14 Disember 2024, Polis Kontinjen Selangor mengesahkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sepang telah menjalankan tangkapan dan siasatan ke atas seorang lelaki warga tempatan yang juga merupakan seorang selebriti.

“Pada 19 Disember 2024, kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya dan telah mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 6 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pada 20 Disember 2024, tangkapan tersebut telah dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sasikala Devi menegaskan, dakwaan yang tidak disahkan berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai supaya menyebarkan kandungan tidak sahih.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Along Cham tidak boleh dijamin, mengaku tidak bersalah dua pertuduhan miliki ganja

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast