Tangkap layar menunjukkan dua lelaki bergaduh di sebuah kedai makan di Pulau Pinang sebelum video kejadian tersebut tular di media sosial hari ini.

BUKIT MERTAJAM – Polis mengesahkan punca pergaduhan dua lelaki di sebuah kedai makan di Machang Bubok dekat sini, pada Jumaat disebabkan masalah peribadi bukan membabitkan isu perkauman.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, bertindak atas maklumat pihaknya telah menahan suspek berusia 36 tahun bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pukul 2.45 pagi dan suspek bertindak menumbuk muka dan memukul kepala mangsa 33 tahun menggunakan penutup tong sampah.

“Punca kejadian bukan disebabkan isu perkauman sebaliknya masalah peribadi.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 506 akta sama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi 1 minit 36 saat itu di media sosial yang memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di sebuah kedai makan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here