Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 75 kes beserta tindakan diambil oleh diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024 yang bermula 23 hingga 27 Disember lalu.

Menurut Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN,  Datuk Azman Adam, ia melibatkan 74 kes yang gagal menggunakan tanda harga merah jambu dan bakinya kes tiada tanda harga.

Kesalahan tersebut melibatkan nilai kompaun sebanyak RM8,600.

“Tiada kes melibatkan penjualan melebihi Harga yang ditetapkan dikesan sepanjang tempoh tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu Azman berkata, sebanyak 2,748 premis telah diperiksa sepanjang pelaksanaan kim berkenaan yang merangkumi premis runcit, borong dan pengeluar.

“Daripada jumlah pemeriksaan tersebut, tindakan undang-undang yang telah dikenakan ke atas peniaga yang gagal mematuhi sepenuhnya perundangan yang ditetapkan,” jelasnya.

Selain ituKPDN tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan skim berkenaan.

Sebagai rekod, sebanyak sembilan jenis barangan yang dikawal harganya semasa pelaksanaan SHMMPK di Semenanjung Malaysia dan tambahan empat lagi barangan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Manakala, lima lagi barangan tambahan 5 barangan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan barang yang dikawal adalah sebanyak 14 jenis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast