Tangkap layar tiga individu yang terbabit dalam pengedaran risalah agama Kristian yang dilakukan secara terbuka di Setapak.

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan tiga individu didakwa menyebarkan risalah agama Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya, Desa Setapak, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 10.19 malam berkaitan video tular yang memaparkan kejadian itu.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, video yang tular di aplikasi TikTok memaparkan mereka yang berkenaan dipercayai warga asing cuba mengedarkan risalah berkaitan ajaran Kristian.

Perbuatan itu kemudian ditegur orang ramai dan mereka mula beredar dari lokasi terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here