Foto: PDRM

KUALA LUMPUR – Tujuh buah kenderaan yang diparkir di tempat letak kereta di hadapan sebuah bank di Kuching, Sarawak rosak akibat dirempuh sebuah kereta BMW.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 11.30 pagi di hadapan Public Bank Batu 3, Off Jalan Tun Datuk Patinggi Hj Ahmad Zaidi Adruce di Kuching.

“Kemalangan dipercayai berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan jenis BMW telah hilang kawalan dan merempuh kenderaan yang diletakkan di tempat letak kenderaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Farhan Lee, insiden tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Beliau meminta pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut hadir ke balai polis terdekat bagi melengkapkan siasatan atau menghubungi Pegawai penyiasat, Insp. Muhammad Amirul Azami Ahmad Rasol di talian 016-8593994 atau 082-259900

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast