Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan memperkenalkan sistem perkhidmatan potongan cukai bulanan (PCB) baharu e-PCB Plus bagi menggantikan sistem sedia ada iaitu e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 di bawah satu platform menerusi portal MyTax.

Pelaksanaan ini seiring dengan pelaksanaan pelan peralihan ke arah sistem e-PCB Plus Fasa 1 yang telah bermula pada 24 September 2024 melibatkan fungsi pendaftaran peranan majikan/ wakil majikan/ pentadbir PCB di MyTax dan wakil pentadbir di e-PCB Plus bagi seluruh majikan yang terlibat dengan PCB.

Susulan pelaksanaan sistem perkhidmatan baharu ini, majikan diminta untuk menyelesaikan semua pengemukaan data dan bayaran PCB bagi potongan bulan semasa atau potongan tahun kebelakangan pada atau sebelum 15 Januari 2025.

Mulai 15 Januari 2025, sistem PCB sedia ada hanya akan dibuka untuk tujuan paparan sahaja bagi membolehkan majikan membuat semakan terhadap maklumat/rekod PCB terdahulu. Fungsi lain seperti pengisian, pengiraan dan bayaran PCB akan ditutup sepenuhnya.

Pelaksanaan sistem e-PCB Plus sepenuhnya akan dimaklumkan sebelum dibuka secara rasmi bagi kegunaan seluruh majikan dan pengguna.

Sehubungan itu, LHDNM menyarankana majikan yang sedang menggunakan sistem e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 dan masih belum membuat pendaftaran peranan di sistem e-PCB Plus untuk menyelesaikan semua pengemukaan berkaitan dengan segera bagi melancarkan proses peralihan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here