Kereta Proton e.MAS 7 merupakan kenderaan rasmi bagi delegasi utama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Langkawi, Kedah. Foto FAREEZ FADZIL, 18 JANUARI 2025.

LANGKAWI- Proton e.Mas 7 membuat penampilan sulung secara rasmi di atas jalan raya, hari ini.

Ditugaskan untuk membawa pegawai-pegawai kanan ASEAN menghadiri mesyuarat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi, pagi tadi, kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia itu, tampil bergaya selari dengan tema Kepengerusian ASEAN Malaysia  yang memberi fokus kepada teknologi hijau dan pengurangan impak terhadap alam sekitar.

Media sebelum ini melaporkan, sebanyak 61 buah e.Mas 7 akan digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi semua mesyuarat ASEAN yang bertemakan Keterangkuman dan Kelestarian.

Untuk rekod, Proton e.Mas 7ditawarkan dalam dua varian iaitu Prime dan Premium, masing-masing dikuasakan oleh bateri berkapasiti 49.52 kWh dan 60.22 kWh pada harga RM105,800 sehingga RM119,800. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here