Ayden Heaven.

LONDON – Pemain muda, Ayden Heaven secara rasmi diperkenalkan oleh Manchester United sebagai pemain baharu kelab itu.

Bek tengah berusia 18 tahun itu membuat penampilan sulung di Arsenal awal musim ini dan telah beraksi untuk England untuk pasukan Bawah 19 tahun.

Heaven telah menandatangani kontrak sehingga Jun 2029 dengan pilihan tambahan setahun dan sekaligus akan menyertai skuad utama United.

“Saya amat berbangga menyertai Manchester United. Saya berterima kasih kepada semua orang yang membantu merealisasikan impian ini.

“Terlalu banyak yang saya mahu capai dalam bola sepak, saya akan memberikan segala-galanya untuk meneruskan perkembangan karier saya dan berusaha bersungguh-sungguh menjadi pemain terbaik,” katanya di laman kelab.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Manchester United, Jason Wilcoxberkata, pihaknya gembira Ayden telah menyertai United.

“Dia merupakan seorang pemain pertahanan yang sangat berbakat dan bersedia untuk menyertai skuad utama kami untuk meneruskan perkembangan dirinya.

“Kelab ini mempunyai rekod prestasi yang luar biasa dalam mengembangkan bakat pemain muda dan kami percaya Ayden berada di tempat yang sesuai untuk mencapai potensi cemerlangnya,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast