Fattah Amin dan Amira Othman menjadi tumpuan pada sesi Meet & Greet Duta Jakel 2025 semalam.

KUALA LUMPUR – Aksi semakin mesra dan serasi antara penyanyi Amira Othman dengan ‘Duda Terhangat’ ketika ini, Fattah Amin mencuri perhatian pengunjung ketika majlis berinteraksi dengan artis terkenal dan pempengaruh popular yang merupakan barisan duta Jakel menerusi sesi Meet & Greet di bangunan Jakel semalam.

Selepas sedondon warna baju pada majlis sebelum ini, Amira, 31, dan Fattah atau nama lengkap Abd Fattah Mohd Amin, 34, tampil menggayakan persalinan senada rona gelap bersama.

Malah kehadiran pasangan sama cantik sama padan itu menjadi usikan seorang lagi duta Jakel, Elly Mazlein.

Namun kedua-dua bersikap profesional melayan usikan walaupun Amira kelihatan nampak malu-malu apabila dikaitkan dengan Fattah.

Amira sebelum ini dikatakan mula rapat selepas penyanyi Jaga-Jaga itu kerana terlibat dalam promosi daging perap bersama Fattah yang kini duda seorang anak itu.

Selain itu, Amira turut mengundang Fattah tampil dalam video muzik single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin.

Ketika ini, di TikTok, tanda pagar #Fattmira tular selepas Fattah popular dengan tanda pagar #Fattzura hasil gabungan bekas isteri, Nur Fazura.

‘Duda Terhangat’ ketika ini, Fattah Amin.

Sementara itu, pengunjung yang hadir turut beramah mesra bersama Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal, kumpulan pelawak, Senariounion, Anzalna seisi keluarga selain Upin & Ipin termasuk tiktoker Sallywho.

Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, acara itu bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan Jakel pada masa sama membuka peluang orang ramai melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.

“Kita berharap para pelanggan serta peminat tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta-duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.

“Para pengunjung bukan sahaja boleh bertemu, malah mereka boleh bergambar dengan barisan duta yang hadir,” katanya pada majlis itu.

Anggota kumpulan pelawak Senariounion.

Tambah Mohamed Izani, di samping itu, Jakel turut mengadakan kuiz interaktif yang menawarkan hadiah menarik kepada para pengunjung.

“Demi menghargai pelanggan setia kami, pengunjung yang hadir pada acara ini juga berpeluang mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya untuk potongan harga.

“Mereka yang hadir berpeluang untuk mendapatan koleksi raya terbaharu Jakel dengan menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua peringkat umur,” ujarnya.

Jelasnya, pengunjung juga tidak perlu bimbang berhubung soal keselesaan kerana Jakel menyediakan kemudahan parkir yang luas dan percuma.

“Pelanggan yang hadir juga tidak perlu risau tentang ruang beli belah, kerana ia luas dan selesa malah kami juga menyediakan kemudahan buggy bagi memastikan pengunjung seperti warga emas selain golongan bantuan khas dapat bergerak lebih mudah dari kawasan parkir ke bangunan utama,” katanya. – MalaysiaGazette

Barisan duta Jakel 2025
menerusi sesi Meet & Greet.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast