JAKARTA- Indonesia mungkin akan mengenakan had umur bagi pengguna media sosial sebagai sebahagian undang-undang untuk melindungi kanak-kanak daripada kandungan tidak elok di atas talian.
Presiden Prabowo mengarahkan menteri-menterinya untuk mengeluarkan peraturan itu dalam tempoh 1-2 bulan bagi melindungi kanak-kanak di ruang digital, yang mana ia mungkin mengandungi had umur bagi pengguna media sosial.
Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital, Meutya Hafid dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak berkuasa turut berhasrat untuk mengetatkan pemantauan terhadap ruang atas talian, meningkatkan kefahaman berhubung penggunaan kandungan digital serta meningkatkan penguatkuasaan.
Rancangan itu timbul selepas negara jiran, Australia meluluskan undang-undang menyekat kanak-kanak bawah 16 tahun menggunakan media sosial bagi melindungi mereka daripada kandungan yang tidak baik.- Agensi