Tumpahan minyak daripada lori dikesan sepanjang 100 meter mengalir masuk ke Sungai Bernam.

HULU SELANGOR – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan Kod Kuning susulan tumpahan minyak daripada sebuah lori yang terbabit kemalangan di Sungai Bernam, Kampung Serigala, Behrang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, tumpahan minyak daripada lori dikesan sepanjang 100 meter mengalir masuk ke sungai berkenaan.

“Langkah itu mengikut Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air untuk tindakan siasatan menyeluruh serta pencegahan dan mitigasi segera.

Tindakan pencegahan awal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan meletakkan oil boom di muka sauk.

“Insiden ini berpotensi memberi kesan kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek pada jarak 3.2 kilometer (km) dan LRA Bernam River Headwork (BRH) sejauh 31.5 km,” katanya agensi itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut LUAS, semakan di lokasi kejadian dan persekitaran mendapati, lori terbabit belum dikenal pasti pemiliknya disyaki terbabas dan masuk ke dalam Sungai Bernam.

“Pemantauan statik di LRA BRH segera diaktifkan selain melaksanakan tindakan pencegahan awal dengan meletakkan oil boom di muka sauk,” katanya.

Penguat kuasa Lembaga Urus Air Selangor sedang memeriksa kadar bacaan pencemaran air akibat tumpahan minyak daripada lori yang mengalir masuk ke Sungai Bernam.

Kata LUAS lagi, pihaknya memantau rapi kerja pengalihan kenderaan dan selesai sepenuhnya dikeluarkan daripada sungai jam 5.15 petang,” katanya.

“LUAS sedang memantau rapi keadaan semasa sungai terlibat serta bersiap-siaga bagi sebarang kemungkinan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast