Khaled bergambar bersama Puteri UMNO Perak, semalam. Gambar: Facebook Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – UMNO bercadang untuk meningkatkan umur keahlian Puteri UMNO kepada 40 tahun.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua Bahagian telah diminta untuk mengadakan perbincangan dan memberi pandangan melalui UMNO negeri masing-masing.

Perkara itu antara dibincangkan beliau dalam pertemuan bersama kepimpinan UMNO Perak di Ipoh semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Keahlian dan Perlembagaan UMNO berkata, pertemuan itu sejajar usaha biro bagi pelaksanaan libat urus, dari negeri ke negeri.

“Fokus utama perbincangan berkait cadangan meningkatkan umur keahlian Puteri UMNO kepada 40 tahun dan kaedah pemilihan pucuk pimpinan UMNO,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here