Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur yang melakukan penipuan dan penyamaran di beberapa buah negeri telah ditahan dan didakwa di mahkamah bulan lalu.

Lelaki berusia 31 tahun itu dilapor menawarkan lelongan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kastam yang tidak wujud, tipu untuk bebaskan tahanan dalam lokap, urusan pajak gadai, tipu dalam urusan perniagaan durian dan menipu untuk berkahwin.

Suspek akan berjumpa secara bersemuka kemudian meminta mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akaun peribadi Maybank miliknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki ini ditangkap pada 1 Januari lalu kerana terlibat dalam penipuan jual beli kereta lelong JPJ dan menyamar sebagai pihak berkuasa bagi membebaskan tahanan dalam lokap.

Menurut beliau, suspek telah dituduh di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan pada 16 Januari 2025 di Mahkamah Klang dan mengaku bersalah dan membayar denda.

Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dia mengaku salah dan membayar denda.

Bagi pertuduhan ketiga pada 24 Januari lalu suspek mengaku salah di Mahkamah Klang di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan telah dan sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Lelaki ini akan dituduh lagi di Mahkamah Kuala Selangor esok, jam9 pagi di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hussein menambah, suspek juga terlibat dengan kes yang sama, masing-masing satu kes di Kedah, Negeri Sembilan dan Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here