Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) melihat permainan Pickleball ketika hadir pada Majlis Perasmian Program 'Jom Pickleball Bersama DBKL' di Pusat Komuniti Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 05 FEBUARI 2025

KUALA LUMPUR – Masih terlalu awal untuk memutuskan sama ada sukan pickleball akan menjadi salah acara sukan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Jelas Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh keputusan itu akan dibuat berdasarkan jumlah permohonan.

Menurutnya, sekurang-kurangnya sebanyak enam negeri yang perlu mengemukakan permohonan untuk memasukkan suatu sukan dimasukkan dalam temasya berkenaan.

“Saya tahu Selangor telah umumkan tetapi Jawatankuasa SUKMA yang akan putuskan nanti. Untuk setiap sukan yang ingin masuk sebagai salah satu acara SUKMA, bila mereka buat permohonan, Jawatankuasa SUKMA akan melihat permohonan daripada Exco mereka akan bermesyuarat dan perkara itu dipilih menerusi undian,” katanya.

Beliau berkata demikian Ketika ditemui di Majlis Perasmian Program Jom Pickleball Bersama DBKL yang diadakan di Pusat Komuniti Bukit Damansara hari ini.

Ujar Hannah, meskipun sukan tertentu terkenal namun sekiranya permohonan tidak mencapai jumlah minimum yang ditetapkan maka ia tetap tidak layak berada dalam SUKMA.

“Sudah tentu ada banyak rungutan yang beranggapan ini tidak adil mereka sudah berbelanja untuk latihan (suatu sukan) dan sebagainya.

“Inilah yang selalu terjadi pada sukan wanita tidak terpilih kerana tidak cukup permohonan minimum sekalipun,” katanya lagi.

Sebelum ini dilaporkan, Selangor berhasrat untuk mempertandingkan sukan pickleball di SUKMA yang dijadual berlangsung di negeri berkenaan pada 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasrat itu bertepatan dengan perkembangan sukan berkenaan yang sudah mula mendapat tempat di negara ini.

Sebagai rekod, Pickleball merupakan sukan yang semakin mendapat perhatian kerana ia menggabungkan elemen daripada tenis, badminton dan ping pong.

Sukan berkenaan kian berkembang pesat peringkat antarabangsa termasuk di dalam negara.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here