Sharifah Shahirah

KUALA LUMPUR – Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah, 51, mengumumkan pengundurannya daripada Suria FM selepas tujuh tahun berkhidmat di stesen radio berkenaan.

Kontrak Shahirah atau lebih dikenali sebagai DJ Rara dengan Suria FM akan tamat pada Jumaat ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Suria FM hari ini, Shahirah menjelaskan keputusan itu dibuat bagi membolehkan berehat dan memberi fokus kepada urusan peribadi.

“Kami menghormati keputusan beliau dan yakin Shahirah akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya,” kata pihak Suria FM.

Stesen radio itu turut menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan komitmen Shahirah sepanjang menjadi sebahagian daripada keluarga Suria FM.

“Kami amat menghargai segala usaha dan dedikasi beliau dalam menceriakan hari pendengar.

“Suria FM mengucapkan terima kasih kepada Shahirah atas kerjasama yang baik sepanjang tempoh perkhidmatannya,” tambah kenyataan itu.

Shahirah sebelum ini menyertai Suria FM pada 2018 sebagai penyampai segmen Suria Pagi bersama Fizi Ali dan Zulin Aziz.

Beliau kemudiannya beralih ke segmen Suria Petang, mengendalikan slot bersama Chiwan dan Kai Hassan dari jam 3 petang hingga 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here