BEIRUT – Tentera Israel telah berundur dari selatan Lubnan namun mereka masih hadir di lima perkampungan di sempadan., lapor radio tentera Israel.
Media melaporkan tentera Lubnan kini dikerahkan ke kawasan yang ditinggalkan tentera penceroboh ketika tarikh akhir pengunduran sepenuhnya secara rasmi semakin hampir.
Tentera Israel menceroboh beberapa kampung di selatan Lubnan yang mana kesemuanya dibom secara intensif.
Walaupun tarikh asal pengunduran ditetapkan pada 27 Januari lalu, manum rejim Zionis diberikan lanjutan tempoh sehingga 18 Februari untuk melakukannya.
Semasa tempoh perjanjian gencatan senjata, tentera penceroboh telah memusnahkan berpuluh-puluh rumah selain menembak mati orang awam yang cuba pulang ke kediaman masing-masing selain membunuh mereka yang cuba membawa keluar mayat mangsa dibunuh tentera Israel.
Walaupun usaha untuk memastikan pengunduran tentera penceroboh dilakukan namun mereka terus melaksakan ‘lima matlamat strategik’ di kawasan Lubnan melepasi tempoh pengunduran.
“Berdasarkan keadaan semasa, kami akan mengekalkan bilangan kecil tentera yang dikerahkan secara sementara dalam ‘lima matlamat strategi’ sepanjang sempadan Lubnan yang mana kami boleh terus mempertahankan penduduk kami dan mamastikan tiada ancaman,” kata Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Nadav Shoshani kepada pemberita.
Para pegawai Lubnan masih belum memberi ulasan berhubung keputusan Israel itu walaupun Amerika Syarikat, Perancis, Mesir, Arab Saudi dan Qatar berikrar akan memberi tekanan kepada Israel untuk berundur daripada semua kawasan yang dicerobohnya di Lubnan pada hari ini. – Agensi