Mayat wanita Jepun yang ditemyui tertiarap di sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Jepun ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu dari talian MERS99 pada jam 8.07 pagi.

“Susulan itu, anggota polis peronda dikejarkan ke lokasi kejadian bagi pengesahan maklumat dan hasil siasatan mendapati, mangsa berusia 50-an telah meninggal dunia.

“Mangsa ditemui dalam keadaan meniarap di atas tanah dan pemeriksaan awal pada tubuh badan wanita itu dan tempat kejadian tiada sebarang unsur jenayah membabitkan insiden itu” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, mangsa adalah suri rumah dan sudah menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun  malah keluarganya telah dimaklumkan berhubung kejadian itu dan surat pelepasan jasad sedang dibuat serta akan diserahkan kepada suami mangsa.

“Kes akan disiasat dibawah mati mengejut dan bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca kemaian mangsa,” ujarnya.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here