Rakaman menunjukkan pesawat kargo FedEx yang terbakar selepas melanggar seekor burung sebaik sahaja meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di New Jersey.

NEW JERSEY – Sebuah pesawat kargo FedEx terpaksa melakukan pendaratan cemas pada pagi 1 Mac di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di New Jersey dengan salah satu enjinnya terbakar selepas ia melanggar seekor burung ketika meninggalkan lapangan terbang tersebut.

Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, yang mengendalikan lapangan terbang itu berkata, tiada kecederaan dilaporkan.

Semasa kejadian terdapat tiga orang berada di dalam pesawat berkenaan.

Dalam satu kenyataan, FedEx berkata, pesawat itu sedang terbang dari Newark ke Indianapolis apabila serangan burung itu berlaku.

“Krew kami mengisytiharkan kecemasan dan selamat kembali ke Newark,” katanya sambil menambah kerosakan pesawat sedang dinilai.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, serangan burung itu merosakkan salah satu enjin Boeing 767.

Keroskaan itu menyebabkan kebakaran boleh dilihat di bahagian bawah pesawat dalam rakaman yang dikongsi di media sosial.

Sebuah video pesawat ketika berada di udara menunjukkan ‘kilatan; kelihatan seperti api dan kemudian mengeluarkan kepulan asap.

Episod itu mengikuti rentetan bencana penerbangan, termasuk perlanggaran di udara sebuah helikopter Tentera Darat dan sebuah jet penumpang di Washington, DC, yang mengorbankan 67 orang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here