Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim Chee Keong menunjukkan senarai calon untuk pemilihan kepada jawatankuasa tertinggi pusat dalam Kongres Kebangsaan DAP ke-18 ketika di Ibu Pejabat DAP, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 MAC 2025.

KUALA LUMPUR – Seramai 70 calon akan bertanding bagi merebut 30 jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada 16 Mac depan.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim berkata, seramai 4,203 perwakilan daripada 1,650 cawangan akan mengambil bahagian dalam pemilihan yang merupakan sebahagian daripada Kongres Kebangsaan DAP ke-18. 

Seramai 30 calon CEC yang menang akan dipilih memegang jawatan parti untuk penggal 2025-2028, tempoh penting menjelang Pilihan Raya Utama (PRU-16).

Steven Sim Chee Keong

Antara nama yang dilihat MalaysiaGazette dalam senarai 70 calon berentap termasuklah Lim Guan Eng, Anthony Loke, Nga Kor Ming, Lim Hui Ying, Steven Sim, Chow Kon Yeow, RSN Rayer, Hannah Yeoh, Ramkarpal Singh dan Gobind Singh Deo.

Selain itu, V Ganabatirau, Kasthuri Patto, Lim Lip Eng, Ng Sue Lim, Ngah Khoo Ham, V Sivakumar, Teresa Kok, Teo Nie Ching, Wong Shu Qi, Wong Kah Woh, Young Syefura dan Tengku Zulpuri.

Dalam pada itu, Sim turut memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Kongres pada Ahad depan.

Bagaimanapun kata Sim, hanya pemimpin Pakatan Harapan dijemput ke kongres ini.

Sebelum ini, empat veteran parti menarik diri daripada pemilihan kali ini, iaitu Tan Kok Wai, Fong Kui Lun, M Kulasegaran dan Phee Boon Poh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast