Timbalan Pengarah Urusan YTL Communications, Jacob Yeoh menerima anugerah daripada Simon Hyett, Editor Penyumbang Asian Telecom, di Asian Telecom Awards 2025.

KUALA LUMPUR – YTL Communications mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi dalam industri telekomunikasi dengan memenangi dua anugerah utama pada  ‘Asian Telecom Awards 2025’ di Singapura, baru-baru ini.

Syarikat ini menerima anugerah bagi kategori ‘Inisiatif Klien B2B Terbaik’ dan ‘Penyelesaian Kesalinghubungan Inovatif Terbaik’.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee berkata, kemenangan ini menjadi bukti kukuh terhadap komitmen syarikat dalam mencipta inovasi dan menyediakan penyelesaian bertaraf dunia.

“Yes 5G bukan sekadar tentang kelajuan yang lebih pantas sebaliknya berkisarkan transformasikan industri, memperkasakan perniagaan, dan mewujudkan pemerkasaan digital untuk negara.

“Kami berbesar hati diiktiraf di kalangan pemain industri terkemuka di Asia. Kemenangan ini menguatkan lagi tekad kami untuk membawa Malaysia maju sebagai negara digital dan merangsang ekonomi demi manfaat semua rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Asian Telecom Awards 2025 mengiktiraf syarikat-syarikat yang memacu inovasi dan perubahan transformasi dalam landskap digital serantau.

Anugerah ‘Penyelesaian Kesalinghubungan Inovatif Terbaik diberikan kepada Yes Managed Wi-Fi, perkhidmatan generasi baharu yang menggabungkan teknologi 5G, virtualisasi berasaskan awan, serta pengurusan dan keselamatan bertaraf perusahaan.

Perkhidmatan Yes Managed Wi-Fi telah berjaya diterapkan di resort mewah seperti Tanjong Jara Resort dan Pangkor Laut Resort, di mana ia merevolusikan infrastruktur rangkaian dengan memanfaatkan pengawal berasaskan awan dan teknologi 5G.

anakala anugerah ‘Inisiatif Klien B2B Terbaik’ pula diraih melalui kejayaan pelaksanaan Yes Private 5G Network, rangkaian 5G SA (Standalone) berkelajuan tinggi dan latensi rendah yang membolehkan automasi, kecerdasan buatan (AI), dan robotik bagi mempercepatkan transformasi Industri 4.0 di Malaysia.

Salah satu kejayaan utama ialah pelaksanaan di Clarion Malaysia, yang menjadi kilang pintar pertama di Malaysia berasaskan AI dan robotik, didayakan oleh Yes 5G Private Network.

Dengan kerjasama Cnergenz, YTL Communications telah membangunkan rangkaian persendirian 5G SA di premis, menetapkan penanda aras baharu dalam automasi industri dan kecekapan operasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast