Tiga penyampai radio yang telah digantung tugas.

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Audio telah mengadakan perjumpaan denngan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan bahan kandungan tiga penyampainya didakwa menghina upacara agama Hindu.

Astro Audio dalam kenyataan berkata, selain Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin dua lagi kakitangan telah digantung tugas.

“Pihak kami akan terus mengadakan siasatan dalaman terperinci dan lanjutan itu Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan tertinggi kami telah mengadakan perjumpaan bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) awal hari ini.

“Selaras dengan siasatan ini, kami memutuskan untuk menggantung tiga penyampai dan dua lagi kakitangan sebagai tambahan,” katanya.

Astro Audio dalam kenyataan sekali lagi melahirkan kekesalan insiden yang menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak melibatkan tiga penyampai radio ERA.

Pihaknya menghargai maklum balas, teguran dan nasihat dari pelbagai pihak dan akan sentiasa memastikan kandungan disiarkan mematuhi kesemua garis panduan dan keperluan ditetapkan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini mengarahkan SKMM menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain dalam video yang dimuat naik di platform media sosial, baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Fahmi berkata, kementeriannya telah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan stesen radio tersebut.

Sehubungan itu, kata Fahmi, pihaknya akan memanggil pihak Astro serta pengurusan stesen radio tersebut untuk hadir ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

Astro Audio hari ini mengantung tugas tiga penyampai segmen 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin yang didakwa mempersendakan upacara agama Hindu menerusi video yang tular.

Astro Audio dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu bagi melancarkan siasatan berkenaan video tular di media sosial. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here