Tangkap layar kejadian nahas melibatkan sebuah kereta dan motosikal di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, Seremban, Khamis lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lagi mangsa kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, Seremban, Khamis lalu, meninggal dunia pada 7.23 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

“Kematian itu menjadikan keseluruhan tiga remaja maut setakat ini.

“Mangsa adalah penunggang motosikal Honda Vario yang dinaiki bersama rakan lelakinya berusia 13 tahun,” katanya.

Jenazah dijangka akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Taman Maqbarak Salimah, Taman Zaitun Indah, dekat Sikamat, di sini.

Sebelum ini pada Jumaat lalu, media melaporkan dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dikatakan dirempuh kereta Honda Jazz.

Honda Jazz berkenaan telah dipandu remaja lelaki berusia 18 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu, didakwa gagal berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum merempuh dua motosikal.

Kejadian menyayat hati yang berlaku sekitar pukul 8.30 malam Khamis lalu berpunca daripada sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu remaja berusia 18 tahun dari arah Senawang menuju ke Paroi, dikatakan melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh dua buah motosikal dari arah sebelah kiri.

Kemalangan tersebut menyebabkan Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan pemboncengnya, Muhammad Aswari Lotpi, 16, maut di tempat kejadian.

Empat individu lain iaitu pemandu dan penumpang kereta Honda Jazz serta penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda Vario mengalami cedera parah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here