Lim Kit Siang.- foto FAREEZ FADZIL, 04 APRIL 2019

KUALA LUMPUR- Tan Sri Lim Kit Siang tampil mempertahankan Naib Presiden DAP, Teresa Kok susulan laporan media yang mengatakan Ahli Parlimen Seputeh itu bimbang siasatan berhubung kes rasuah dua bekas pegawainya akan menjejaskan peluang beliau dalam pemilihan parti tidak lama lagi.

Tegas veteran DAP itu, beliau percaya Teresa tidak membuat sebarang laporan terhadap bekas pegawainya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak bertanggungjawab terhadap penahanan kedua-dua individu terbabit.

Katanya, beliau mendapat pengesahan tersebut selepas mendengar sendiri penjelasan daripada Teresa.

“Sekiranya ini berlaku (peluang Teresa dalam pemilihan parti terjejas akibat insiden itu), ia pastinya sesuatu yang amat malang.

“Saya bertemu dengan Teresa dalam satu majlis dan bertanya sendiri kepada beliau dan beliau telah menceritakan kesemuanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Kit Siang, beliau percaya bekas Menteri Perladangan dan Komoditi itu berpegang kepada prinsip integriti, akauntabiliti, tanggungjawab, urustadbir yang baik dan demokrasi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here