Poster Moh Balik Beraya Ke Pahang

KUANTAN –  Kerajaan Negeri Pahang sekali lagi menyediakan baucar petrol RM50 kepada 5,000 perantau anak kelahiran negeri itu untuk pulang berhari raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkena, baucar Moh Balik Beraya Ke Pahang terhad kepada 5,000 permohonan terawal yang berusia 18 tahun ke atas.

”Ini tahun kedua penganjuran program ini sebagai sokongan kepada anak Pahang nak pulang beraya.

”Syaratnya pemohon merupakan perantau anak Pahang dan balik raya ke negeri ini dan belum pernah menerima apa-apa baucar dari Sekretariat Perantau Anak Pahang,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Permohonan atau pertanyaan  boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR yang disediakan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 18 Mac 2025 bersamaan 17 Ramadan 1446H.

Pada Ramadan tahun lalu, seramai 5,000 anak Pahang menerima baucar (petrol/diesel) sempena Program Nak Balik Beraya Ke Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here