Rozita Ibrahim berkongsi foto mengerjakan umrah di Mekah. #malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Perkongsian usahawan Rozita Ibrahim, 61 wajah suami di laman sosial mencetuskan sensasi dalam kalangan warganet.

Ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi foto dia dan suami sedang mengerjakan umrah di Mekah ketika ini.

Rozita yang sebelum ini seolah-olah merahsiakan perkahwiannya mendapat komen netizen selepas ada yang melontarkan pandangan lelaki itu persis taikun Vincent Tan dengan misai yang menjadi perhatian.

“Alhamdulillah, selamat pengantin baru bondaa. Ada saya baca komen hari itu katanya Vincent Tan, kelakar netizen,” kata Imanrashidd.

“Sekali pandang ku ingatkan Vincent Tan Sorry bonda,” ulas Tengku Saif.

“Di sebalik kumis, tersemat cinta yang manis,” komen personaliti Fedtriyahya.

“Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Sepadan sangat. Selamat pengantin baru bonda,” kata Saarissabeutyhouse.

Dalam perkongsiannya, Rozita berdoa buat perkahwinan baharunya sekali gus menjawab spekulasi dalam kalangan pengikut yang tertanya-tanya mengenai status dirinya.

“Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Satukanlah hati kami dengan kasih sayang dan reda.

“Temukanlah kami dalam syurga yang abadi. Kami sayang anak-anak kami, berikan mereka kekuatan untuk solat dan beramal kebaikan,” doa Rozita dalam perkongsian.

Usahawan itu turut memohon agar Allah memberi keampunan di atas segala dosa yang dilakukan dan melindungi seluruh ahli keluarganya.

“Bulan Ramadan ini penuh rahmat, kami datang kepada-Mu dengan hati penuh harapan dan tangan yang menadah keampunan.

“Kami hambaMu yang lemah, penuh dosa dan kekurangan, namun kasih sayangMu tidak pernah bertepi.

“Ampunkanlah kami ya Allah atas segala khilaf kami yang sengaja mahu pun tidak. Ya Allah, di bulan yang suci ini bersihkanlah hati kami daripada segala noda,” tulisnya.

Teka-teki mengenai dakwaan usahawan Rozita sudah bercerai dan kembali bertemu jodoh terjawab sebelum ini apabila salah seorang anaknya tampil menjelaskan perkara sebenar.

Nur Ain Sufiah atau mesra disapa Ain mengesahkan Rozita sudah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki berkumis tebal yang muncul dalam video siaran langsungnya sebelum ini.

Bagaimanapun identiti lelaki itu masih belum diketahui dengan ada laporan mendakwa beliau abang kepada seorang pelakon wanita.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast