Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR memberi jaminan bahawa proses pemilihan kepimpinan di peringkat pusat dan cabang bagi Perak esok akan berjalan lancar.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilihan PKR akan mengumumkan senarai muktamad calon bagi peringkat Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dan Wanita Cabang pada 28 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, calon yang ingin menarik diri atau membatalkan pencalonan diberi tempoh sehingga 20 Mac bagi memastikan proses pemilihan berjalan lancar.

Katanya, fasa pemilihan kini memasuki peringkat bantahan terhadap calon yang bermula hari ini, bermula pukul 12 tengahari sehingga 11.59 malam Khamis ini.

“Selepas proses bantahan, sesi rayuan akan dibuka dari 24 hingga 25 Mac bagi memastikan ketelusan dan keadilan kepada semua calon yang bertanding.

“Bagi calon yang memilih untuk menarik diri atau membatalkan pencalonan, mereka diberikan ruang sehingga 20 Mac sebelum senarai muktamad diumumkan pada 28 Mac,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Zaliha turut memaklumkan bahawa pemilihan PKR 2025 mencatat penyertaan luar biasa dengan lebih 17,500 pencalonan diterima daripada 222 Cabang di seluruh negara.

Ujarnya, a mencerminkan komitmen tinggi anggota parti dalam mengukuhkan demokrasi dalaman yang matang dan inklusif.

“Penyertaan besar itu membuktikan PKR terus menjadi wadah perjuangan yang demokratik, terbuka serta menitikberatkan penyertaan akar umbi,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here