Kakitangan sedang memantau pergerakan angin Pusat Ramalan Kaji Cuaca di Jabatan Meteorologi Malaysia.

KUALA LUMPUR – Negara akan mengalami fasa peralihan monsun bermula pada 25 Mac 2025 dan berterusan sehingga Mei 2025.

Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2024/25 yang telah bermula sejak 5 November 2024.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Keadaan ini boleh menggalakan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak.

Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here