Friday, October 25, 2024
Home Tag Fasa Peralihan Monsun

Tag: Fasa Peralihan Monsun

Cuaca panas beransur pulih, negara akan terima hujan

Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

Fasa Peralihan Monsun bermula 23 Mac hingga Mei – Met Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim meramalkan Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 23 Mac hingga pertengahan Mei tahun ini.

Hujan Lebat di Kuala Lumpur

Orang awam meredah hujan lebat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negara akan mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap pada petang dan awal malam berikutan fasa peralihan monsun yang dijangka bermula 03 Oktober ini. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 SEPTEMBER 2022.

Pemandangan Waktu Senja Sebelum Fasa Peralihan Monsun

Pemandangan suasana matahari terbenam di ibu kota selepas hujan berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan negara akan mengalami ribut petir dan hujan lebat lebih kerap pada petang dan awal malam ketika fasa peralihan monsun bermula jumaat ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Ampang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2021.

Peralihan Monsun – Gelagat Orang Ramai Redah Hujan Lebat

Orang awam menggunakan payung berikutan hujan lebat mula turun ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2021.

Fasa Peralihan Monsun Bermula

Seorang lelaki menggunakan payung pada waktu hujan selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di seluruh negara dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bermula esok hingga pertengahan Mei khususnya pada waktu petang dan awal malam berikutan fasa peralihan monsun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 15 MAC 2021.